Friday, 25 June 2010

Tuesday, 11 May 2010

SKIM CEPAT KAYA

1. Apakah Skim Cepat Kaya?
Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

AMARAN: Skim Pelaburan Melalui Internet
Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing. Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.

Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan institusi yang berlesen atau menjalankan urus niaga mata wang asing dengan institusi yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia agar mereka boleh mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pengendali tidak berlesen boleh berhenti menjalankan perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak mempunyai apa-apa cara untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana orang yang terbabit dengan skim tersebut.

2. Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?

Skim pengambilan deposit secara haram
Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).


Amaran untuk Pelabur
Pengendali skim mata wang asing haram akan cuba menyakinkan bakal-bakal pelabur dengan strategi pasaran yang menjanjikan pulangan segera dan tinggi-

  • Melalui penampilan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini yang memudahkan pelabur-pelabur untuk mengendalikan akaun-akaun mereka melalui internet;
  • Dengan peralatan urus niaga seperti suatu skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan;
  • Kebiasaannya, pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani satu kontrak urus niaga dengan syarikat. Kontrak-kontrak ini sering tidak ditandatangani oleh syarikat. Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil oleh pelabur terhadap syarikat kerana tiada kontrak formal yang mengikat.

3. Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan skim seperti ini?

  • Ingatlah pada kata hikmat ini - Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan;
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata wang asing yang di beri kuasa;
  • Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;
  • Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;
  • Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;
  • Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan
  • Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat.

Saturday, 10 April 2010

Tindakan Perlindungan Pengguna

TINDAKAN KES DI BAWAH PERLINDUNGAN PENGGUNA
MENGIKUT AKTA TAHUN 2008 HINGGA 31.01.2010

AKTA TAHUN 2008 TAHUN 2009
TAHUN 2010 sehingga 31.01.2010
AKTA SEWA BELI 1967

51

34 0
AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972 1,484
504 28
AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 122
61 0
AKTA PELINDUNGAN PENGGUNA 1999 946
681 34
JUMLAH

2,603

1,280

62

NILAI RAMPASAN DI BAWAH PERLINDUNGAN PENGGUNA
MENGIKUT AKTA TAHUN 2008 HINGGA 31.01.2010

AKTA TAHUN 2008 TAHUN 2009
TAHUN 2010 sehingga 31.01.2010
AKTA SEWA BELI 1967 0 0
0
AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972 685,816.35 667,174.70 3,154.00
AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 3,632,406.00 1,437,551.00 0
AKTA PELINDUNGAN PENGGUNA 1999 103,597.71 20,201.34 34,343.50
JUMLAH 4,421,820.06 2,124,927.04

37,497.50

Index Harga Pengguna November 2009

PERUBAHAN INDEKS HARGA PENGGUNA KESELURUHANNYA

UNTUK MALAYSIA MENGIKUT KUMPULAN UTAMA


Nov 2009/Nov 2008 Nov 2009/ Okt 2009 Jan-Nov 2009 / Jan-Nov 2008
Kumpulan Perubahan % Perubahan % Perubahan %
01. Makanan dan minuman bukan alkohol 0.9 0.4 4.4
Makanan Di Rumah
011 Beras, roti dan bijirin lain -0.7 0.1 5.2
012 Daging -0.9 0.8 4.0
013 Ikan dan makanan laut 2.2 -1.2 6.3
014 Susu, keju dan telur -0.7 0.9 2.9
015 Minyak dan lemak -0.1 0.1 0.9
016 Buah-buahan 1.7 0.4 3.9
017 Sayur-sayuran -0.2 5.4 1.0
018 Gula, jem, madu, coklat dan manisan 1.6 0.1 1.9
019 Keluaran Makanan yang tidak dikelaskan 4.3 0.3 5.5
di mana-mana
Kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol 0.6 0.2 2.3
Jumlah Makanan Di Rumah 0.5 0.7 4.2
Makanan Di Luar Rumah 2.0 0.1 5.1
02. Minuman alkohol dan tembakau 2.9 0.1 6.4
03. Pakaian dan kasut -1.1 0.4 -0.9
04. Perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain 1.1 0.3 1.3
05. Hiasan perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 1.4 0.1 3.1
06. Kesihatan 1.7 0.2 2.3
07. Pengangkutan -6.8 0.2 -10.1
08. Komunikasi -0.4 0.0 -0.5
09. Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.5 0.2 1.5
10. Pendidikan 2.1 0.0 2.4
11. Restoran dan hotel 1.7 0.2 3.1
12. Pelbagai barangan dan perkhidmatan 4.8 0.7 3.6
Jumlah -0.1 0.3 0.5

Sumber : Berdasarkan Penerbitan Bulanan, Malaysia : Indeks Harga Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia

LAWS OF MALAYSIA ACT 599 CONSUMER PROTECTION ACT 1999 [REPRINT - 2001]

Date of Royal Assent : 27th August 1999
Date of publication in the Gazette : 9th September 1999
Date of coming into operation: 15th November 1999 [P.U.(B) 415/99]
---------------------------------
ARRANGEMENT OF SECTIONS
----------------------------------
Long Title & Preamble


PART I - PRELIMINARY
PART II - MISLEADING AND DECEPTIVE CONDUCT, FALSE REPRESENTATION AND UNFAIR PRACTICE
PART III - SAFETY OF GOODS AND SERVICES
PART IV - OFFENCES, DEFENCES AND REMEDIES IN RELATION TO PARTS II AND III
PART V - GUARANTEES IN RESPECT OF SUPPLY OF GOODS
PART VI - RIGHTS AGAINST SUPPLIERS IN RESPECT OF GUARANTEES IN THE SUPPLY OF GOODS
PART VII - RIGHTS AGAINST MANUFACTURERS IN RESPECT OF GUARANTEES IN THE SUPPLY OF GOODS
PART VIII - GUARANTEES IN RESPECT OF SUPPLY OF SERVICES
PART IX - RIGHTS AGAINST SUPPLIERS IN RESPECT OF GUARANTEES IN THE SUPPLY OF SERVICES
PART X - PRODUCT LIABILITY
PART XI - THE NATIONAL CONSUMER ADVISORY COUNCIL
PART XII - THE TRIBUNAL FOR CONSUMER CLAIMS
PART XIII - ENFORCEMENT
PART XIV - GENERAL AND MISCELLANEOUS

AKTA PELINDUNGAN PENGGUNA 1999

Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Perakuan Kelulusan
dan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan) 2009
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 19 dan 150 Akta
Pelindungan Pengguna [Akta 599], Menteri membuat peraturan-peraturan
yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pelindungan Pengguna (Perakuan Kelulusan dan Tanda Pematuhan
Standard Keselamatan) 2009.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 30 Januari 2010.
Tafsiran
2. Dalam Peraturan-Peraturan ini¡ª
¡°agensi diberi kuasa¡± ertinya agensi diberi kuasa sebagaimana yang dinyatakan
dalam ruang (3) Jadual Pertama;
¡°barang¡± ertinya barang sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1)
Jadual Pertama;
¡°perakuan kelulusan¡± ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah
peraturan 8.
Laporan penilaian pematuhan
3. Agensi diberi kuasa hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan
penilaian pematuhan dan mengeluarkan laporan penilaian pematuhan di bawah
Peraturan-Peraturan ini bagi barang yang dinyatakan bersetentangan dengan
agensi diberi kuasa itu dalam Jadual Pertama.
Permohonan untuk mendapatkan laporan penilaian pematuhan
4. (1) Mana-mana orang yang berniat untuk membekalkan, atau menawarkan
atau mengiklankan untuk membekalkan, atau mengimport apa-apa barang
hendaklah memohon kepada agensi diberi kuasa untuk mendapatkan suatu
laporan penilaian pematuhan.
(2) Suatu permohonan untuk mendapatkan laporan penilaian pematuhan
hendaklah disertakan dengan¡ª
(a) sampel yang mewakili barang dalam jumlah sebagaimana yang ditentukan
oleh agensi diberi kuasa;
(b) penerangan terperinci mengenai barang; dan
(c) nama dan alamat pengilang barang.
(3) Pemohon hendaklah membayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan
oleh agensi diberi kuasa apabila mengemukakan suatu permohonan di bawah
peraturan ini.
(4) Apabila menerima permohonan di bawah peraturan ini, agensi diberi
kuasa hendaklah menjalankan penilaian pematuhan ke atas barang itu
yang boleh melibatkan penilaian kertas, ujian makmal atau lapangan atau
mana-mana gabungannya.
(5) Agensi diberi kuasa boleh, secara bertulis pada bila-bila masa selepas
menerima permohonan dan sebelum mengeluarkan laporan penilaian pematuhan,
menghendaki supaya pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat
tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh agensi diberi kuasa bagi maksud
memastikan barang itu mematuhi standard keselamatan.
(6) Pemohon hendaklah memberikan kepada agensi diberi kuasa apa-apa
bantuan dan penjelasan terhadap perkara teknikal mengenai barang itu sebagaimana
yang dikehendaki oleh agensi diberi kuasa bagi maksud menjalankan penilaian
pematuhan itu.
Pengeluaran laporan penilaian pematuhan
5. Agensi diberi kuasa hendaklah mengeluarkan laporan penilaian pematuhan
jika agensi diberi kuasa itu berpuas hati bahawa barang itu mematuhi standard
keselamatan yang berkaitan dengan barang itu sebagaimana yang ditetapkan
dalam Peraturan-Peraturan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama.
Kelulusan khas
6. (1) Bagi maksud perenggan 4(2)(a), mana-mana orang boleh memohon
kepada Pengawal bagi suatu kelulusan khas untuk mengimport sampel yang
mewakili barang itu yang akan digunakan semata-mata oleh orang itu bagi
maksud untuk mendapatkan laporan penilaian pematuhan ke atas barang itu.
(2) Walau apa pun peraturan 4, mana-mana orang boleh memohon kepada
Pengawal bagi suatu kelulusan khas untuk mengimport mana-mana barang
yang akan digunakan semata-mata oleh orang itu bagi maksud penyelidikan
dan pembangunan dan tunjuk cara.
Permohonan untuk mendapatkan perakuan kelulusan
7. (1) Orang yang kepadanya suatu laporan penilaian pematuhan telah
dikeluarkan boleh memohon kepada Pengawal untuk mendapatkan suatu
perakuan kelulusan untuk membekalkan, atau menawarkan atau mengiklankan
untuk membekalkan, atau mengimport apa-apa barang yang tertakluk kepada
standard keselamatan yang berkaitan dengan barang itu sebagaimana yang
ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual
Pertama.
(2) Suatu permohonan untuk mendapatkan perakuan kelulusan hendaklah
disertakan dengan¡ª
(a) suatu salinan laporan penilaian pematuhan yang dikeluarkan di bawah
peraturan 5; dan
(b) jika pemohon itu ialah suatu perbadanan, suatu salinan memorandum
dan perkara persatuan atau dokumen konstituen lain yang di bawahnya
pemohon telah diperbadankan.
(3) Pengawal boleh, secara bertulis pada bila-bila masa selepas menerima
permohonan dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki supaya
pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam masa
yang dinyatakan oleh Pengawal bagi maksud memutuskan permohonan itu.
(4) Jika subperaturan (2) atau (3) tidak dipatuhi, permohonan bagi perakuan
kelulusan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan,
tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.
Pengeluaran perakuan kelulusan
8. (1) Jika Pengawal berpuas hati dengan permohonan di bawah peraturan 7,
Pengawal boleh mengeluarkan suatu perakuan kelulusan dengan suatu nombor
kelulusan.
(2) Suatu perakuan kelulusan boleh dikeluarkan tertakluk kepada apa-apa
syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Pengawal.
(3) Pengawal boleh, dari semasa ke semasa, mengubah, meminda atau
membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas suatu perakuan kelulusan
atau boleh mengenakan syarat baru atau tambahan selepas memberi pemegang
perakuan itu suatu notis yang munasabah dan peluang untuk membuat representasi
secara bertulis tentang mengapa syarat itu tidak boleh diubah, dipinda, atau
dibatalkan, atau mengapa syarat baru atau tambahan itu tidak boleh dikenakan,
dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas mempertimbangkan
representasi itu.
Menandakan atau melekatkan butir-butir pada barang, dsb.
9. (1) Mana-mana orang yang suatu perakuan kelulusan telah dikeluarkan
kepadanya hendaklah menandakan atau melekatkan barang itu dengan apa-apa
butir mengikut peraturan ini.
(2) Barang itu hendaklah ditandakan atau dilekatkan dengan butir-butir
yang berikut secara jelas, boleh dibaca dan tidak dapat ditanggalkan:
(a) mana-mana satu tanda pematuhan yang bersaiz minimum 5 mm x
5 mm sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(b) nombor kelulusan yang dikeluarkan di bawah peraturan 8 yang
hendaklah diletakkan di bawah tanda pematuhan; dan
(c) nama dan alamat pengilang, pengimport atau pengedar barang itu.
(3) Jika cara menandakan atau melekatkan yang diperuntukkan di bawah
subperaturan (2) tidak boleh dilaksanakan, butir-butir di bawah subperaturan
(2) boleh, dengan kelulusan Pengawal, ditandakan atau dilekatkan pada setiap
unit pembungkus, kotak atau bekas yang di dalamnya barang itu dibekalkan
kepada pengguna.
Tempoh dan pembaharuan perakuan kelulusan
10. (1) Sesuatu perakuan kelulusan hendaklah, melainkan jika dibatalkan
terlebih dahulu, sah bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.
(2) Sesuatu permohonan untuk memperbaharui perakuan kelulusan hendaklah
dibuat oleh pemegang perakuan itu sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum
tarikh habis tempoh perakuan itu bersama dengan laporan penilaian pematuhan
yang baru yang dikeluarkan di bawah peraturan 5.
Pembatalan perakuan kelulusan
11. (1) Pengawal boleh membatalkan sesuatu perakuan kelulusan jika Pengawal
berpuas hati bahawa¡ª
(a) mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini atau
mana-mana syarat perakuan kelulusan itu tidak dipatuhi; atau
(b) pengeluaran perakuan kelulusan telah didorong oleh representasi palsu
mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang perakuan itu.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), Pengawal tidak boleh membatalkan
sesuatu perakuan kelulusan atas alasan yang disebut dalam subperaturan (1)
melainkan jika Pengawal berpuas hati, selepas memberi pemegang perakuan itu
suatu notis yang munasabah dan peluang untuk membuat apa-apa representasi
secara bertulis tentang mengapa perakuan itu tidak patut dibatalkan.
Kesalahan
12. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-
Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Anugerah Media Pengguna KPDNKK 2008

KEPUTUSAN PEMENANG

Ditetapkan oleh JURI : Panel Pemilihan KPDNKK dan Hakim Lantikan MPI

Pada 5 Disember 2008dan Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Media KPDNKK


KATEGORI 1 : ANUGERAH WARTAWAN PENGGUNA TERBAIK

i) Hadiah Utama : Zamri bin Rambli (KOSMO!)

(RM4,000 trofi dan sijil)

ii) 3 Hadiah Saguhati 1. Melati binti Mohd Ariff (Bernama)

(RM1,000 dan sijil) 2. Sonia A. Ramachandran (New Straits Times)

3. Pua Yew Boon (China Press)

KATEGORI 2 : ANUGERAH KARTUNIS PENGGUNA TERBAIK

i) Hadiah Pertama : Zaidi bin Md Yusop (Helo Bos)

(RM1,000 trofi dan sijil)

ii) 1 Hadiah Saguhati 1. Haslinda Adnan (Haru Biru)

(RM500 dan sijil)

KATEGORI 3 : ANUGERAH KEWARTAWANAN PENGGUNA TERBAIK (MAJALAH)

i) Hadiah Utama : Nor Ezanawaty bt Salim, Nurul Huda bt Zulkifli,

(RM2,000 trofi dan sijil) Rahaiza bt Ismail (Utusan Karya)

ii) 3 Hadiah Saguhati 1. Hamidah bt Zabidi (Hasmoni)

(RM500 dan sijil) 2. Nor shamsinor bt Baharain (Al _Islam)

3. Shahrul Nazmi bin Sannusi (Al-Islam)

KATEGORI 4 : ANUGERAH KEWARTAWANAN PENGGUNA TERBAIK

i) Hadiah Utama : KOSMO!

(trofi dan sijil)

KATEGORI 5 : ANUGERAH KHAS JURI

Hadiah Utama : Ringgit & Sense (New Straits Times)

(Trofi, RM3,000 dan sijil)


KATEGORI 6 : ANUGERAH WARTAWANAN TV TERBAIK

Hadiah Utama : Sherkawi Jirim (Bernama TV)

(Trofi, RM4,000 dan sijil)

KATEGORI 7 : ANUGERAH PROGRAM PENGGUNA SEMASA TERBAIK (TV)

Hadiah Utama : Helo Malaysia (Bernama)

(Trofi dan sijil)

KATEGORI 8 : ANUGERAH PROGRAM PENGGUNA TERBAIK (RADIO)

Hadiah Utama : Radio 24 (Bernama)

(Trofi dan sijil)


KATEGORI 9 : ANUGERAH LAMAN BLOG PENGGUNA

Hadiah Utama : http://consumermalaysia.wordpress.com

(Trofi dan sijil)

Senarai Pemenang Anugerah Tokoh Pengguna (1991-2007)

TAHUN
NAMA
JAWATAN/PERSATUAN

1991
En Hj Yusof Ahmad
Presiden, Persatuan Pengguna-pengguna Kelantan

1992
En Mohd Hamdan bin Hj Adnan
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

1993
Pn Josie Zaini
Presiden Education & Research Association For Consumer (ERA Consumer)

1994
Professor Dr S Sothi Rachagan
Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya

1995
Yg Bhg Dato' Lee Lam Thye
Aktivis Pengguna dan Masyarakat

1996
Professor Madya Dr Halimah Hj Ahmad
Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysaia

1997
En Marimuthu Nadasan
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia

2001
Yg Bhg Dato' Dr Anwar Fazal
Presiden Pertama FOMCA

2002
En Michael Chong Ten Soo
Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA

2004
Pn Indrani a/p Thuraisingam
Setiausaha ERA Consumer

2005
Dr. Rokiah Bt. Talib
Pengerusi NCWO

2006
Dr. Makmur Bin Othman
Presiden PPIM

2007
Dato' Patrick Sindhu
Presiden Persatuan Pengguna Sabah

Panduan Pengguna

  • Risalah Pengguna Bijak Penggunaan Elektrik
  • Garis Panduan Penjualan Hamper
  • Cara Mengenal Skim Penipuan
  • Telefon Bimbit Rosakkan DNA
  • Apabila terkena kejutan elektrik
  • Kepentingan makanan kepada fungsi otak
  • Amalan pemakanan yang boleh membunuh
  • Panduan ketika membuat kredit
  • Apabila Terlibat Dengan Kemalangan Jalan Raya
  • Menyemai Tabiat Menabung Pengguna
  • Tanggungjawab Pembeli Dalam Perjanjian Jual Beli
  • Melegakan Batuk
  • Nasihat bagi mereka yang mengeluarkan wang dari bank
  • Dua langkah hikmat bebaskan diri ketagih merokok
  • Pembeli rumah teraniaya patut tubuh jawatankuasa bertindak
  • Jimatkan Penggunaan Elektrik Di Rumah
  • Perumahan
  • Mengelak Berlaku Pemalsuan Cek
  • Rancang Perjalanan Jauh
  • Pembelian Sewa Beli melalui Syarikat Kewangan
  • Skim Piramid Melalui Internet
  • Skim Piramid: Sejauh Mana Pulangannya?
  • Memilih Makanan Yang Sihat
  • Menjimatkan Penggunaan Lampu

Rakan Pengguna

Program RAKAN PENGGUNA adalah bertujuan untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan, penyelewengan urusniaga yang tidak beretika dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kepenggunaan. RAKAN PENGGUNA dilantik oleh Kementerian yang terdiri daripada pelbagai lapisan mesyarakat yang melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep 'membeli belah sambil memantau'. Perlantikan ini dibuat secara pentadbiran dan tidak mempunyai undang-undang.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web RAKAN PENGGUNA http://www.rakanpengguna.com.my/


Tribunal Tuntutan Pengguna

Latar Belakang Tribunal

  • Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.
  1. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.

Objektif Tribunal

  1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999.

  1. Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.

  1. Memahami hakikat ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.


KEANGGOTAAN TRIBUNAL

Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri



BIDANG KUASA TRIBUNAL

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :-

a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;

b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;

c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.


BATASAN BIDANG KUASA

Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-

a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;

b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;

c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan
mengenai tanah, atau apa-apa francais; dan

d) yang mengandungi pertikaian mengenai -

i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak
berwasiat;

ii. nama baik (good will)

iii. apa-apa hak dalam tindakan;

iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain.

e) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang
bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang
menjadi hal perkara tuntutan itu.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kuasa

tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu

Dasar Pengguna Negara (DPN)

KENYATAAN DASAR
Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.

Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.

RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA

Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam menggubal undang-undang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang lestari (sustainable) dapat dipupuk di negara ini.

DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai kawalselia kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat pengguna dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara seluruhnya.

OBJEKTIF
Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat.

Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab

Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Pendidikan

Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi

Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan

Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.

MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA
Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna

Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak pengguna untuk memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding, maklumat yang sahih dan mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara pengguna dengan pembekal/pengilang.

Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi

Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota masyarakat melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hak-hak dan kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan, mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat pendidikan pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan.

Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari

Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan berbelanja dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas seperti air dan tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan pengguna generasi semasa dan generasi akan datang.

STRATEGI
Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan:-

Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

SOSIAL

Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Taraf kepenggunaan berkait rapat dengan taraf kualiti kehidupan. Faktor-faktor yang menyumbang dalam peningkatan taraf kualiti kehidupan termasuklah kemudahan asas yang mencukupi, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat, jaminan makanan yang berzat, kemudahan pendidikan seperti sekolah dan perpustakaan kepada semua golongan masyarakat, serta kemudahan teknologi maklumat yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam mencapai penggunaan lestari. Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan permuafakatan pihak Kerajaan, sektor swasta dan pengguna. Pihak Kerajaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan dan menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Pihak swasta hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penghasilan/pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan pengguna perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kehidupan kepada taraf terbaik.

Meningkatkan Perlindungan Kendiri

Mewujudkan badan khas yang bebas untuk mengendalikan isu-isu kepenggunaan yang dianggotai oleh pihak Kerajaan, pengguna dan pembekal/pengilang.

Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan perkhidmatan di setiap daerah.

Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan

Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait rapat dengan sokongan masyarakat, kedudukan kewangan, keberkesanan tenaga penggerak yang mengendalikan gerakan kepenggunaan dan sokongan Kerajaan. Kekurangan sokongan dari masyarakat, kedudukan kewangan yang tidak kukuh dan kelemahan dalam pengurusan organisasi menyebabkan aktiviti pergerakan kepenggunaan tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Oleh itu, Kerajaan perlu meneruskan sokongan terhadap pergerakan pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan sudah tentu dapat membantu persatuan dalam usaha mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti kepenggunaan.

Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah

Menggalakkan penyertaan Persatuan Pengguna dalam pembentukan dan perlaksanaan program kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah. Persatuan Pengguna boleh menjadi saluran utama untuk pengguna mengemukakan aduan dan pandangan dengan lebih cepat dan berkesan untuk tindakan sewajarnya, contohnya melalui penyertaan dalam jawatankuasa tertentu diperingkat Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PERUNDANGAN

Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna

Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan ini, Kerajaan perlu:-

* Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi penguatkuasaan di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna.
* Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab.
* Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari.
* Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang pengguna di Malaysia.

Antara falsafah umum kepenggunaan ialah:

* Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
* Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir

Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka mempraktikkkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa disedari:

* Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
* Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
* Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.
* Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah