Sunday, 4 April 2010

Suara salah seorang pengguna

Tema tahun ini wang kita hak kita , indahnya slogan ini dan melalui slogan ini mungkin pengguna akan faham tentang hak-hak pengguna di Malaysia. alangkah baiknya jika pengguna tahu hak mereka d isisi undang-undang Malaysia. Betulkah pengguna Malaysia berhak atas wang mereka? Apakah hak pengguna jika harga barangan dinaikkan, harga tol dinaikkan, hak pengguna untuk memakai minyak petrol lama tapi diberikan oleh kerajaan petrol baru dengan harga baru, berhakkah pengguna malaysia untuk tidak mahu menggunakan petrol baru sedangkan kerajaan memakai senjata ampuhnya paksa dan guna. Hentikan import minyak lama dan guna pakai minyak baru.


Tahap kesedaran pengguna Malaysia masih di tahap yang rendah. Sebenarnya rakyat dah sedar lama tentang hak-hak pengguna cuma pengguna malas nak menggunakan hak-hak mereka kerana tiada guna satu sen pun jika digunakan. Kerajaan akan tetap pekak dan bisu. Jadi buat apa pengguna meluahkan hak mereka kepada orang bisu dan pekak, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan yang pekak dan bisu dalam usaha membaikkan ekonomi rakyat. "Wang kita hak kita" cuma slogan penyedap telinga, kalau kita terpaksa gunakan misalnya beras semahal mana beras yang dijual, pengguna terpaksa membeli juga. Adakah dengan tidak membeli, pengguna boleh makan ubi kayu sebagai pengganti beras. Jadi adakah kita ada hak dalam menentukan sama ada nak beli atau tidak? Jawapan Mail Sabri ialah mesti boleh.



Sebenarnya di Malaysia hak-hak pengguna tiada langsung, hanya slogan terus dimainkan oleh pihak-pihak menteri pengguna. Barang keperluan naik harga tanpa disedari, yang diumumkan hanya barang tertentu yang terpilih, barang lain dah lama naik harga. Nak pakai telefon rumah diberi hanya Telekom pembekal isp, Telekom boleh dikatakan monopoli dalam bidang telekomunikasi, penyediaan internet dan pelbagai kemudahan hanya dibagi kepada telekom, jadi bagaimana pengguna nak menggunakan hak mereka jika hanya ada satu, tidak dua dan tiga.

Thursday, 1 April 2010

Contoh hak pengguna untuk mendapatkan ganti rugi

Projek rumah terbengkalai di Hulu Selangor

Saya merupakan salah seorang pembeli rumah dari satu projek perumahan yang dimajukan oleh Ibrah Sdn. Bhd. yang beralamat di No.1, Lot 2041 Jalan Besar, 44100 Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor, nombor telefon 05-4584976 dan tapak projek perumahan ini terletak tidak berjauhan dengan pejabat pemaju berkenaan.
Apa yang amat dikesalkan adalah sehingga ke tarikh surat ini dikeluarkan, didapati masih tiada aktiviti pembinaan dijalankan di tapak bina melainkan kerja-kerja merata tanah dan menanam pancang kayu yang difahamkan hanya bermula pada bulan November 2005 serta satu mesin ’piling’ yang diletakkan sekitar bulan Oktober 2006.
Disertakan bersama ini imej-imej yang diambil menggunakan telefon bimbit untuk paparan jelas kepada pihak-pihak berkenaan agar siasatan dapat dibuat dan yang paling penting kami mahu duit kami dikembalikan segera.
Untuk makluman, saya bersama rakan-rakan yang terpedaya dan kecewa telah mengeluarkan surat pembatalan pembelian rumah di kawasan projek tersebut.
Saya sendiri telah membuat sejumlah bayaran sebanyak RM10,625.00 sebagai bayaran deposit kepada Together Properties sebanyak RM500.00 (bertarikh 09 November 2004) dan bayaran komitmen kepada Mahle Sdn. Bhd. sebanyak RM 10,125.00 (bertarikh 07 Februari 2005).
Surat pembatalan bertarikh 30 Mac 2006 telah diserahkan kepada pihak pemaju dan disalinkan kepada peguam Mazlinda Azlina & Co. Di alamat 88-1, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, 68100 Selayang, KL namun sehingga kini masih tiada maklumbalas.
Apabila dihubungi, kerani di pejabat pemaju berkenaan meminta kami menghubungi Ketua Projek di talian 012-3736127 tetapi seakan sengaja tidak dijawab memandangkan kami seringkali menanyakan tentang pemulangan duit kami.
Kami amat terkejut apabila pihak pemaju meminta kami mendapatkan pembeli baru terdahulu bagi menggantikan nama kami sebelum mengembalikan duit kepada kami.
Kemana duit yang kami bayar dahulu sedangkan tiada apa yang dibangunkan di tapak projek?
Adakah duit itu digunakan untuk membayar hutang-piutang mereka atau anak-anak mereka?
Berapa banyak keuntungan atau faedah yang mereka perolehi sekiranya duit tersebut disimpan dalam akaun mereka?
Bagaimana kami hendak mencari dan menyakinkan pembeli lain dengan situasi terkini di tapak projek berkenaan?
Apabila kami mula mendesak untuk menyalinkan surat pembatalan dan aduan kepada pihak-pihak berkuasa yang lain dengan menghantar mesej pesanan ringkas (SMS), jawapan SMS yang kami terima adalah;
”Walaikumsalam, tunggulah, nama dah hantar ke EXCO, apa bila turun, nama encik dibatalkan, barulah wg komitmen dpulangkan. Harap sabar. Terima kasih.”
Apa yang menghairankan kami mustahil untuk ”EXCO” yang dimaksudkan itu sungguh lembap dan lambat untuk membuat pertimbangan untuk kelulusan pembatalan dan kami tidak tahu siapa ”EXCO” berkenaan dan tempat bertugasnya.

Hari raya tahun ini merupakan tahun kedua kepada kami menyambut hari raya dengan penuh kesederhanaan memandangkan duit itu sahajalah satu-satunya sumber kewangan yang ada setelah berjaya mengeluarkannya dari KWSP.
Kami sungguh terharu apabila mengenangkan kembali pada mulanya kami berniat untuk membantu usahawan Bumiputera membangunkan projek perumahan memandangkan projek-projek perumahan lain yang dinaungi oleh pemaju bukan Bumiputera sungguh rancak membangun di Tanjung Malim, Behrang dan Hulu Selangor selaras dengan kemajuan mendadak di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Bandar Proton.
DENGAN INI KAMI MENDESAK PIHAK PEMAJU MEMULANGKAN DENGAN KADAR SEGERA SEMUA DUIT KAMI TERMASUK GANTI RUGI 5%.

Perlindungan pengguna

6.1 Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:

6.1.1 barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan;

6.1.2 maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada;

6.1.3 pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan;

6.1.4 pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jual beli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;

6.1.5 sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;

6.1.6 pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang-undang pengguna yang berkesan lagi adil;

6.1.7 pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.

6.2 Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi melahirkan beraneka barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan sering kali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campur tangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawal selia aktiviti yang dikenal pasti boleh memberi kesan buruk kepada pertubuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak-hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak memastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

5.2 Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:
(a) Kesedaran Mengkritik;
(b) Penglibatan dan Tindakan.
(c) Tanggungjawab Sosial;
(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi;
(e) Bersatu padu
(i) Kesedaran mengkritik

Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna janganlah berdiam diri sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat barangan yang sempurna.

(ii) Penglibatan Dan Tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak tersisih atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.


(iii) Tanqqungiawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak-tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.

(iv) Tanqqungiawab Alam Semula jadi

Pengguna perlu mempunyai kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.

(v) Bersatu padu


Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah adalah dengan semangat bekerjasama dan bersatu padu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat menumpukan perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatu padu adalah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Selain itu, pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat maklumat yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Hak-hak pengguna

Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambil kira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.

4.2 Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenal pasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut:
(a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan;
(b) Hak Untuk Mendapat Makfumat;
(c) Hak Untuk Membuat Pilihan; dan
(d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.

4.3 Kemudiannya, Consumers International, di samping mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi pengguna
iaitu:
(a) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas;
(b) Hak Untuk Mendapat Gantirugi;
(c) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna; dan
(d) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.
(i) Hak Untuk Mendapat Keselamatan

4.4 Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.

Friday, 26 March 2010

42% tak tahu hak pengguna

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bahawa terdapat 42% daripada 5000 responden dalam kajian yang dijalankan pada tahun lalu tidak peka dan tidak tahu hak mereka sekiranya berlaku penindasan. Malah, ada yang tidak tahu mereka mempunyai saluran untuk mengadu bagi menuntut hak mereka sebagai pengguna apabila dinafikan pihak tertentu. Beliau berkata demikian pada majlis menyampaikan geran bantuan bernilai RM500 setiap satu kepada Kelab Pengguna Sekolah dari 117 sekolah menengah di Selangor.
Ismail Sabri berkata, terdapat juga responden yang tidak mengetahui bayaran serendah RM5 dikenakan bagi membuka sesuatu kes di tribunal tanpa perlu melantik peguam. Sehingga ini, katanya, terdapat 23 tribunal pengguna di seluruh negara dengan tujuh lagi bakal ditubuh menjelang hujung tahun ini. Beliau berkata, pengguna perlu bijak dan sedar hak mereka yang apabila merasakan ditindas perlu tampil ke tribunal untuk melaporkan kes. Berhubung soal penyelesaian kes, katanya, 6,491 kes dicatat di tribunal di seluruh negara sepanjang 2009 dengan 97.17 peratus kes sudah diselesaikan