Saturday, 10 April 2010

AKTA PELINDUNGAN PENGGUNA 1999

Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Perakuan Kelulusan
dan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan) 2009
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 19 dan 150 Akta
Pelindungan Pengguna [Akta 599], Menteri membuat peraturan-peraturan
yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pelindungan Pengguna (Perakuan Kelulusan dan Tanda Pematuhan
Standard Keselamatan) 2009.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 30 Januari 2010.
Tafsiran
2. Dalam Peraturan-Peraturan ini¡ª
¡°agensi diberi kuasa¡± ertinya agensi diberi kuasa sebagaimana yang dinyatakan
dalam ruang (3) Jadual Pertama;
¡°barang¡± ertinya barang sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1)
Jadual Pertama;
¡°perakuan kelulusan¡± ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah
peraturan 8.
Laporan penilaian pematuhan
3. Agensi diberi kuasa hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan
penilaian pematuhan dan mengeluarkan laporan penilaian pematuhan di bawah
Peraturan-Peraturan ini bagi barang yang dinyatakan bersetentangan dengan
agensi diberi kuasa itu dalam Jadual Pertama.
Permohonan untuk mendapatkan laporan penilaian pematuhan
4. (1) Mana-mana orang yang berniat untuk membekalkan, atau menawarkan
atau mengiklankan untuk membekalkan, atau mengimport apa-apa barang
hendaklah memohon kepada agensi diberi kuasa untuk mendapatkan suatu
laporan penilaian pematuhan.
(2) Suatu permohonan untuk mendapatkan laporan penilaian pematuhan
hendaklah disertakan dengan¡ª
(a) sampel yang mewakili barang dalam jumlah sebagaimana yang ditentukan
oleh agensi diberi kuasa;
(b) penerangan terperinci mengenai barang; dan
(c) nama dan alamat pengilang barang.
(3) Pemohon hendaklah membayar apa-apa fi sebagaimana yang ditentukan
oleh agensi diberi kuasa apabila mengemukakan suatu permohonan di bawah
peraturan ini.
(4) Apabila menerima permohonan di bawah peraturan ini, agensi diberi
kuasa hendaklah menjalankan penilaian pematuhan ke atas barang itu
yang boleh melibatkan penilaian kertas, ujian makmal atau lapangan atau
mana-mana gabungannya.
(5) Agensi diberi kuasa boleh, secara bertulis pada bila-bila masa selepas
menerima permohonan dan sebelum mengeluarkan laporan penilaian pematuhan,
menghendaki supaya pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat
tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh agensi diberi kuasa bagi maksud
memastikan barang itu mematuhi standard keselamatan.
(6) Pemohon hendaklah memberikan kepada agensi diberi kuasa apa-apa
bantuan dan penjelasan terhadap perkara teknikal mengenai barang itu sebagaimana
yang dikehendaki oleh agensi diberi kuasa bagi maksud menjalankan penilaian
pematuhan itu.
Pengeluaran laporan penilaian pematuhan
5. Agensi diberi kuasa hendaklah mengeluarkan laporan penilaian pematuhan
jika agensi diberi kuasa itu berpuas hati bahawa barang itu mematuhi standard
keselamatan yang berkaitan dengan barang itu sebagaimana yang ditetapkan
dalam Peraturan-Peraturan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama.
Kelulusan khas
6. (1) Bagi maksud perenggan 4(2)(a), mana-mana orang boleh memohon
kepada Pengawal bagi suatu kelulusan khas untuk mengimport sampel yang
mewakili barang itu yang akan digunakan semata-mata oleh orang itu bagi
maksud untuk mendapatkan laporan penilaian pematuhan ke atas barang itu.
(2) Walau apa pun peraturan 4, mana-mana orang boleh memohon kepada
Pengawal bagi suatu kelulusan khas untuk mengimport mana-mana barang
yang akan digunakan semata-mata oleh orang itu bagi maksud penyelidikan
dan pembangunan dan tunjuk cara.
Permohonan untuk mendapatkan perakuan kelulusan
7. (1) Orang yang kepadanya suatu laporan penilaian pematuhan telah
dikeluarkan boleh memohon kepada Pengawal untuk mendapatkan suatu
perakuan kelulusan untuk membekalkan, atau menawarkan atau mengiklankan
untuk membekalkan, atau mengimport apa-apa barang yang tertakluk kepada
standard keselamatan yang berkaitan dengan barang itu sebagaimana yang
ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual
Pertama.
(2) Suatu permohonan untuk mendapatkan perakuan kelulusan hendaklah
disertakan dengan¡ª
(a) suatu salinan laporan penilaian pematuhan yang dikeluarkan di bawah
peraturan 5; dan
(b) jika pemohon itu ialah suatu perbadanan, suatu salinan memorandum
dan perkara persatuan atau dokumen konstituen lain yang di bawahnya
pemohon telah diperbadankan.
(3) Pengawal boleh, secara bertulis pada bila-bila masa selepas menerima
permohonan dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki supaya
pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam masa
yang dinyatakan oleh Pengawal bagi maksud memutuskan permohonan itu.
(4) Jika subperaturan (2) atau (3) tidak dipatuhi, permohonan bagi perakuan
kelulusan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan,
tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.
Pengeluaran perakuan kelulusan
8. (1) Jika Pengawal berpuas hati dengan permohonan di bawah peraturan 7,
Pengawal boleh mengeluarkan suatu perakuan kelulusan dengan suatu nombor
kelulusan.
(2) Suatu perakuan kelulusan boleh dikeluarkan tertakluk kepada apa-apa
syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Pengawal.
(3) Pengawal boleh, dari semasa ke semasa, mengubah, meminda atau
membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas suatu perakuan kelulusan
atau boleh mengenakan syarat baru atau tambahan selepas memberi pemegang
perakuan itu suatu notis yang munasabah dan peluang untuk membuat representasi
secara bertulis tentang mengapa syarat itu tidak boleh diubah, dipinda, atau
dibatalkan, atau mengapa syarat baru atau tambahan itu tidak boleh dikenakan,
dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas mempertimbangkan
representasi itu.
Menandakan atau melekatkan butir-butir pada barang, dsb.
9. (1) Mana-mana orang yang suatu perakuan kelulusan telah dikeluarkan
kepadanya hendaklah menandakan atau melekatkan barang itu dengan apa-apa
butir mengikut peraturan ini.
(2) Barang itu hendaklah ditandakan atau dilekatkan dengan butir-butir
yang berikut secara jelas, boleh dibaca dan tidak dapat ditanggalkan:
(a) mana-mana satu tanda pematuhan yang bersaiz minimum 5 mm x
5 mm sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(b) nombor kelulusan yang dikeluarkan di bawah peraturan 8 yang
hendaklah diletakkan di bawah tanda pematuhan; dan
(c) nama dan alamat pengilang, pengimport atau pengedar barang itu.
(3) Jika cara menandakan atau melekatkan yang diperuntukkan di bawah
subperaturan (2) tidak boleh dilaksanakan, butir-butir di bawah subperaturan
(2) boleh, dengan kelulusan Pengawal, ditandakan atau dilekatkan pada setiap
unit pembungkus, kotak atau bekas yang di dalamnya barang itu dibekalkan
kepada pengguna.
Tempoh dan pembaharuan perakuan kelulusan
10. (1) Sesuatu perakuan kelulusan hendaklah, melainkan jika dibatalkan
terlebih dahulu, sah bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.
(2) Sesuatu permohonan untuk memperbaharui perakuan kelulusan hendaklah
dibuat oleh pemegang perakuan itu sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum
tarikh habis tempoh perakuan itu bersama dengan laporan penilaian pematuhan
yang baru yang dikeluarkan di bawah peraturan 5.
Pembatalan perakuan kelulusan
11. (1) Pengawal boleh membatalkan sesuatu perakuan kelulusan jika Pengawal
berpuas hati bahawa¡ª
(a) mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-Peraturan ini atau
mana-mana syarat perakuan kelulusan itu tidak dipatuhi; atau
(b) pengeluaran perakuan kelulusan telah didorong oleh representasi palsu
mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang perakuan itu.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), Pengawal tidak boleh membatalkan
sesuatu perakuan kelulusan atas alasan yang disebut dalam subperaturan (1)
melainkan jika Pengawal berpuas hati, selepas memberi pemegang perakuan itu
suatu notis yang munasabah dan peluang untuk membuat apa-apa representasi
secara bertulis tentang mengapa perakuan itu tidak patut dibatalkan.
Kesalahan
12. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-
Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan.

No comments:

Post a Comment