Sunday, 4 April 2010

Suara salah seorang pengguna

Tema tahun ini wang kita hak kita , indahnya slogan ini dan melalui slogan ini mungkin pengguna akan faham tentang hak-hak pengguna di Malaysia. alangkah baiknya jika pengguna tahu hak mereka d isisi undang-undang Malaysia. Betulkah pengguna Malaysia berhak atas wang mereka? Apakah hak pengguna jika harga barangan dinaikkan, harga tol dinaikkan, hak pengguna untuk memakai minyak petrol lama tapi diberikan oleh kerajaan petrol baru dengan harga baru, berhakkah pengguna malaysia untuk tidak mahu menggunakan petrol baru sedangkan kerajaan memakai senjata ampuhnya paksa dan guna. Hentikan import minyak lama dan guna pakai minyak baru.


Tahap kesedaran pengguna Malaysia masih di tahap yang rendah. Sebenarnya rakyat dah sedar lama tentang hak-hak pengguna cuma pengguna malas nak menggunakan hak-hak mereka kerana tiada guna satu sen pun jika digunakan. Kerajaan akan tetap pekak dan bisu. Jadi buat apa pengguna meluahkan hak mereka kepada orang bisu dan pekak, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan yang pekak dan bisu dalam usaha membaikkan ekonomi rakyat. "Wang kita hak kita" cuma slogan penyedap telinga, kalau kita terpaksa gunakan misalnya beras semahal mana beras yang dijual, pengguna terpaksa membeli juga. Adakah dengan tidak membeli, pengguna boleh makan ubi kayu sebagai pengganti beras. Jadi adakah kita ada hak dalam menentukan sama ada nak beli atau tidak? Jawapan Mail Sabri ialah mesti boleh.



Sebenarnya di Malaysia hak-hak pengguna tiada langsung, hanya slogan terus dimainkan oleh pihak-pihak menteri pengguna. Barang keperluan naik harga tanpa disedari, yang diumumkan hanya barang tertentu yang terpilih, barang lain dah lama naik harga. Nak pakai telefon rumah diberi hanya Telekom pembekal isp, Telekom boleh dikatakan monopoli dalam bidang telekomunikasi, penyediaan internet dan pelbagai kemudahan hanya dibagi kepada telekom, jadi bagaimana pengguna nak menggunakan hak mereka jika hanya ada satu, tidak dua dan tiga.

No comments:

Post a Comment